Friday, July 24, 2009

Soalan Perbincangan T5

HBML 1203
PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
SEMESTER JANUARI 2008


ARAHAN: Sila jawab SEMUA soalan

1. Berikan maksud disiplin-disiplin ilmu linguistik berikut:
a. Linguistik Umum
b. Linguistik Deskriptif
c. Linguistik Perbandingan
d. Linguistik Sejarah
e. Linguistik Terapan

2. Apakah yang dimaksudkan dengan fonetik?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan fonologi?

4. Apakah yang dimaksudkan fonemik?

5. Apakah yang dimaksudkan dengan organ artikulasi?

6. Apakah yang dimaksudkan dengan bunyi bahasa dan bikan bunyi bahasa?

7. Apakah yang dimaksudkan dengan bunyi bersuara dengan bunyi tidak bersuara?

8. Apakah yang dimaksudkan dengan bunyi oral dan bunyi nasal?

9. Bagaimana menghasilkan bunyi vokal hadapan sempit [ i ] ?

10. Bagaimana menghasilkan bunyi vokal hadapan luas [ a ]?

11. Apakah yang dimaksudkan dengan diftong?

12. Apakah yang dimaksudkan dengan hentian glotis?

13. Apakah yang dimaksudkan dengan huruf-huruf konsonan?

14. Berikan lima (5) jenis konsonan bersuara.

15. Berikan lima (5) jenis konsonan tidak bersuara.

17. Berikan contoh-contoh suprasegmental bahasa Melayu.

18. Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa Melayu Baku?

19. Jelaskan tiga (3) fungsi intonasi dalam bahasa Melayu.

20. Apakah yang dimaksudkan dengan kesilapan sebutan dalam bahasa Melayu?

21. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kesilapan sebutan.

22. Dengan memberikan conontoh-contoh yang sesuai, jelaskan maksud Kata Terbitan.

23. Berikan 3 karya yang ditulis dalam bahasa Melayu Klasik.

24. Berikan 3 kaedah pengajaran mengeja.

25. Dengan contoh yang sesuai, terangkan kaedah-kaedah pengajaran mengeja.

26. Apakah yang dimaksudkan dengan keselarasan vokal?

27. Nyatakan ciri-ciri bahasa Melayu Kuno.

28. Nyatakan jenis-jenis kata ganda.

29. Apakah yang dimaksudkan dengan kesilapan bahasa?

30. Nyatakan aspek-aspek kesalahan tatabahasa.

31. Berikan contoh frasa kerja intransitif.

32. Berikan contoh frasa kerja transitif.

33. Berikan contoh frasa kerja pasif.

34. Nyatakan 3 peranan Dewan Bahasa dan Pustaka.

35. Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai, berikan bentuk-bentuk pembentukan
istilah.

36. Berikan prinsip-prinsip pengajaran fonologi.

37. Berikan prinsip-prinsip pengayaan.

38. Nyatakan kriteria pemilihan bahan pengayaan.

39. Apakah yang dimaksudkan dengan aktiviti pembaikpulihan?

40. Apakah tujuan ujian fonologi?

41. Apakah tujuan ujian sistem ejaan?

42. Bubuh tanda bacaan yang betul pada ayat berikut.

43. Perbaiki ayat-ayat yang diberi mengikut tatabahasa dan gramatis.

Sunday, July 19, 2009

FORMAT CADANGAN PENYELIDIKAN


BAB 1

Masalah Kajian

1.0 Pengenalan
Latar belakang/senario tentang apa yang hendak dikaji

1.1 Penyataan Masalah Kajian
Penyataan yang menerangkan mengapa anda membuat kajian

1.2 Soalan Kajian
Soalan-soalan tentang apa yang akan dikaji

1.3 Objektif Kajian
Nyatakan tentang tujuan membuat kajian

1.3 Kepentingan Kajian
Apakah kepentingan/manfaat/faedah yang diperolehi daripada kajian

1.4 Batasan Kajian
Ruang lingkup kajian dibuat seperti sekolah, kelas, dan aspek yang dikaji

BAB 2

Tinjauan Literatur

2.0 Pengenalan
Pengenalan tentang kajian yang pernah dibuat

2.1 Kajian Berkaitan
Rujukan kajian-kajian yang pernah dibuat dalam dan luar negara serta dapatan mereka

BAB 3

Metodologi Kajian

3.0 Pengenalan
Pengenalan tentang cara membuat kajian

3.1 Rekabentuk Kajian
Menerangkan bagaimana kajian ini dibuat (langkah-langkah)

3.2 Sampel
Menerangkan sampel/populasi yang digunakan dalam kajian

3.3 Instrumen
Menerangkan instrumen yang digunakan dalam kajian seperti temu bual, pemerhatian, rekod, senarai semak, soal selidik dsb

3.4 Prosedur Pengumpulan Data
Menerangkan tentang langkah-langkah mengumpul data semasa kajian

3.5 Analisis Data
Menerangkan bagaimana data diproses secara kualitatif atau kuantitatif serta cara menginterpretasi data