Friday, December 5, 2008

Teori Pembelajaran

Pelbagai golongan ahli pendidikan dan psikologi telah menjalankan kajian terhadap proses pembelajaran kanak-kanak. Masing-masing mempunyai hujah dan pendapat bagi menguatkan pendapat mereka. 4 teori pembelajaran:
1. Behaviorisme - seseorang kanak-kanak belajar sekiranya ada rangsangan dan ganjaran. Selain itu peneguhan pembelajaran berlaku sekiranya latihan dibuat berulang kali atau latih tubi.
2. Kognitif - mazhab ini mengatakan sesorang itu belajar dengan adanya kekuatan mental dan pengetahuan sedia ada. Proses mental atau kognitif membolehkan kanak-kanak mempelajari sesuatu yang baru berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.
3. Humanis - golongan ini berpendapat kanak-kanak belajar untuk memenuhi keperluan mereka. Oleh itu keperluan asas kanak-kanak seperti fisiologi dan keselamatn perlu dipenuhi sebelum keperluan lain hendak dipenuhi.
4. Sosialis - kanak-kanak belajar melalui peniruan dan model yang mereka lihat atau dipertontonkan kepada mereka. Oleh itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah menunjukkan contoh, model dan demontrasi kepada murid supaya mereka boleh mengikut atau meniru apa yang ditunjukkan kepada mereka.

No comments: