Wednesday, November 18, 2009

PGSR Sm3 - Modul EDU 3106

Sila salin dan cetak modul ini untuk pembelajaran subjek EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran. Pembelajaran berdasarkan modul dikira 1 kredit (15 jam).


UNIT 1

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN
( Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah
yang Mesra Budaya)


Sinopsis

Modul ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang beberapa tajuk yang berkaitan dengan pembinaan bilik darjah yang mesra budaya. Ini merangkumi tajuk yang terdiri daripada pengurusan fizikal dan sosio-emosi bilik darjah yang mesra budaya. Di samping itu, pelajar diberi pendedahan mengenai interaksi dan cara hubungan yang sesuai antara pelajar dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelajar berbagai kelompok etnik. Tajuk tentang pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengajar pelajar pelbagai budaya. Di samping itu, unit ini juga membincangkan pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian budaya serta kelas bercantum yang sering terdapat di kawasan yang terpencil atau pedalaman. Aspek-aspek sosiolinguistik juga dibincangkan untuk menyesuaikan pelajar kepada situasi tertentu. Akhirnya, pelajar diberi pendedahan mengenai penilaian berasaskan budaya supaya pelajar dapat melengkapkan diri untuk berdepan dengan pelajar pelbagai budaya. Berbekalkan pengetahuan sedemikian, pelajar akan lebih bersedia mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang mesra budaya

Hasil Pembelajaran

Mentakrif konsep, tujuan dan komponen-komponen fizikal dalam pengurusan persekitaran fizikal untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya
Menerangkan peranan dan tanggungjawab guru dalam mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya
Melakar pelan lantai fizikal bilik darjah yang mesra budaya
Menjelaskan konsep, kepentingan, perkembanagan dan strategi pengurusan sosio-emosi dalam bilik darjah pelbagai budaya
Menjelaskan kepentingan memahami hubungan etnik dan mencadangkan cara-cara yang sesuai dalam mewujudkan hubungan yang baik dalam kalangan pelbagai etnik
Mengenalpasti konsep dan ciri-ciri pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
Menjelaskan aspek-aspek penting dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Mengenalpasti konsep, tujuan dan ciri-ciri pedagogi relevan budaya
Membincangkan kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pedagogi relevan budaya
10. Menerangkan latar belakang, konsep, ciri-ciri dan kepentingan kelas bercantum
11. Mengelola ,menguruskan dan melaksanakan kelas bercantum yang memenuhi hasrat dan tujuan kelas bercantum
Mentakrifkan maksud penilaian berasaskan budaya
Menghuraikan ciri-ciri dan aspek-aspek diambil kira dalam penilaian berasaskan budaya

TOPIK 1

KONSEP DAN TUJUAN PERSEKITARAN FIZIKAL BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA


Sebelum kita bermula, fikirkan tentang persekitaran fizikal bilik darjah. Mengapa guru perlu menyusunkan bilik darjah sebegitu rupa? Apakah aspek-aspek yang perlu diambil kira apabila ingin menyusunkan bilik darjah anda? Bagaimana anda dapat mewujudkkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya. Mari kita sama sama membincangkan ciri-ciri fizikal yang perlu diberi perhatian dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya.


1.1 Konsep dan Tujuan Pengurusan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah

Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Konsep pengurusan fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial.
Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di rumuskan oleh Fred Steele(1973) sedemikian “ the effects of physical setting in a classroom is a setting for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”. Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza.
Kriteria-kriteria Fizikal Umum Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya

1) Aspek Fizikal :-

· Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai mengikut keperluan aktiviti.
· Mempunyai pencayaan dan pengudaraan yang baik.
· Mengecat dinding dengan warna - warni yang ceria dan lembut.
· Memasang langsir dengan warna yang ceria, terang dan lembut.
· Melukis mural diswekitar kelas.
· Keselamatan yang terjamin seperti pelan kebakaran dan pemadam api.



Berhenti dan Reflek
Pembelajaran dalam persekitaran fizikal yang mesra budaya akan merangsang pelajar untuk menimba ilmu secara berkesan. Bagaimana anda dapat melakarkan pelan bilik lantai yang anda fikir “ mesra budaya”?


2) Sudut-Sudut Pembelajaran:-
Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut kreativiti dan sebagainya. Di samping itu, terrdapat sudut-sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen dan multimedia.
1.2 Kriteria-kriteria Fizikal Spesifik Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah
yang Mesra Budaya
1) Aspek Fizikal:-
· Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya secara tidak langsung.

· Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Adalah sesuai sekiranya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini. Aktiviti sedemikian juga merupakan salah satu aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung guru telah berjaya secara tidak langsung untuk memujudkan persekitaran mesra budaya.

· Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong antara murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya. Tugasan yang di berikan oleh guru dapat di bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung Ali, Kumar serta Kim Moi dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk tugasan mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau “work space” ini disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa “ the physical environment of the classroom such as use of space, classroom setting and cocial dimensions interact to shape classroom culture”

2) Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan:-
· Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum . Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid. Contohnya di sudut budaya ini Ali dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama Samy dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik. Begitu juga dengan murid-murid dari Sabah dan Sarawak. Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian “keep in mind to include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and discover knowledge”.

· Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik; di mana sudut-sudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah.

· Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik.

· Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelabagi latar belakang etnik dapat menggunakan perisian “software” yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi.

Selepas kita telah dan fahami konsep dan tujuan pengurusan fizilkal bilik darjah cuba anda bincang dengan rakan anda, Apakah ciri-ciri persekitaran fizikal spesifik selain daripada yang telah dinyatakan di atas dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ?




Pergi ke perpustakaan terdekat untuk mencari rujukan mengenai persekitaran fizikal yang mesra budaya. Dengan melengkapkan diri dengan bahan bacaan, sila jawab soalan berikut:

Selepas berbincang, sila senarai ciri-ciri persekitaran fizikal bilik darjah yang spesifik selain daripada yang tersenarai di atas?

1. ____________________________________________________________
____________________________________________________________
2. ____________________________________________________________
____________________________________________________________
3. ____________________________________________________________
____________________________________________________________
4. ____________________________________________________________
____________________________________________________________
5. ____________________________________________________________
____________________________________________________________

1.3 Peranan guru sebagai ‘Physical Enviroment Designer’.
Sekiranya anda hadapi murid anda daripada pelbagai budaya, nescaya anda perlu mengambil perhatian terhadap kepelbagaian / perbezaan individu dalam bilik. Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang berperanan sebagai ‘Physical Enviromet Designer’ agar dapat mewujudkan satu persekitaran yang mesra budaya? Antara ciri-ciri yang perlu diambil perhatian termasuk:
· Perlu mengetahui latar belakang murid terlebih dahulu
· Perlu faham dengan mendalam perasaan setiap murid
· Mengkikis pra sangka
· Perlu mengetahui latar belakang kebudayaan, agama dan adat setiap murid dengan mendalam.





Berhenti sejenak dan semak kefahaman anda


Apakah peranan anda sebagai guru dalam mereka cipta sebuah bilik darjah yang mesra budaya ? Berbekalkan pengalaman anda, Cuba anda lakar sebuah pelan lantai bilik darjah yang kondusif supaya dapat mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya? Apakah bentuk pelan lantai yang anda akan gunakan dalam setting di bilik darjah anda ? Adakah anda akan menggunakan kenis tradisional, jenis ladam kuda, separa bulatan atau jenis yang berbentuk modular untuk mewujudkan satu enviromen yang mesra budaya ?




Latihan



1. Berdasarkan kepada pengalaman anda sebagai guru, apakah ciri-ciri utama yang perlu diberi perhatian dalam mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya?
2. Buat refleksi pengalaman anda melakarkan bilik darjah di atas.



1.4 Rumusan

· Pengurusan fizikal harus mengambil kira bukan sahaja kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal tetapi hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial.

· Susunatur bilik darjah harus memberi perhatian kepada cara susunan tempat duduk pelajar harus samarata dari segi kumpulan etnik

· Sudut –sudut pembelajaran dan bacaan dalam bilik darjah perlu mengambil kira bahan bacaan pelbagai kumpulan etnik, mural sesuai dengan semua bangsa dalam kelas.

· Guru perlu berperanan dalam mengetahui latar belakang pelajar, dan kepelbagaian perbezaan individu pelajar apabila mengatur dan melakarkan pelan bilik darjah serta letaknya sudut-sudut pembelajaran supaya mesra budaya




Berikut ialah senarai bahan bacaan teks dan bahan rujukan yang digunakan

Teks Bacaan Asas

Carol,SW & Mignano, A.J(2003). Elementery Classroom management.(3rd Ed) : McGraw Hill.

Pafkay,W.F.( 2004). Becoming a teacher. 6th Edition .Boston: Allyn & Bacon.


Rujukan
Bull, Shirley & Solity Jonathan. (1987). Classroom management: Principles to Practice. NSW: Dcroom Helm.

Cheyney, A.B. (1967). Teaching children of different cultures in the classroom.(2nd Ed).: Bell&Howell, Columbus, Ohio.

Jones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating Positive Learning Environments for all Students. Mass: Allyn & Bacon.

Lambert,N.M.(1994). Seating arrangements in classrooms. The International Encyclopedia of Education( 2nd ed), 9 ,5355-5359.

Robiah Sidin (1993). Classroom management. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Steele, FI.(1973). Physical setting and organization development. Reading,MA:Addison-Wesley.

Weinstein,C.S. (1987). Spaces for children. New York:Plenum Press.

Woolfolk (2001). Educational psychology.( 8th Ed.). Boston: Allyn and Bacon





















TOPIK 2

PENGURUSAN SOSIO-EMOSI



Pernahkah anda fikir tentang suasana sosio-emosi sesebuah bilik darjah? Mengapa seorang guru perlu memberi perhatian kepada suasana bilik darjah? Dengan pengalaman anda, pastinya anda dapat merenung bagaimana anda dapat mewujudkan suasana sosio emosi yang baik untuk murid-murid anda. Aspek sosio-emosi amat penting untuk mewujudkan suatu keadaan yang harmonis dan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesannya. Justeru ini, topik ini akan membincangkan beberapa aspek dalam sosio-emosi yang perlu diambil kira oleh guru dalam mengurus bilik darjah.

2.1 Konsep Dan Tujuan Pengurusan Sosio-Emosi

Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi,Menurut Kamus Pelajar Edisi Ketiga sosial ditakrif sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.

Perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Identiti sosial dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat, iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri (Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn, 1979).

Perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu “emovere” yang membawa maksud “untuk keluar”. Oleh itu, emosi adalah satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.

Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. Emosi boleh dibahagikan kepada dua iaitu emosi positif seperti gembira, teruja dan emosi negatif pula adalah seperti marah, kecewa dan lain-lain.

Oleh itu, sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.







Berhenti sejenak dan berfikir
“ Pengurusan sosio-emosi yang mantap di dalam kelas mampu mewujudkan pengajaran yang menyeronokkan” . Bincangkan dengan rakan-rakan anda..




2.2 Perkembangan dan Pengurusan Sosio-emosi Di Dalam Bilik Darjah

Perkembangan emosi dan sosial yang sihat sangat penting dalam kehidupan seseorang. Aspek ini akan mempengaruhi pembelajaran murid dan membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam bilik darjah.

Perkembangan Sosioemosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri dan membolehkan murid memahami keperluan, emosi dan pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial di dalam kelas yang mempunyai latar belakang majmuk yang mesra dan harmoni.

Peranan guru sangat penting dalam pengurusan sosioemosi dengan memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan murid untuk berinteraksi dengan rakan di dalam kelas terutamanya bagi sebuah kelas yang mempunyai murid yang berbeza budaya dan latar belakang .
Teori-teori Pengurusan Sosio-emosi:
Bandura berpendapat bahawa perkembangan emosi kanak-kanak diperoleh dengan cara peniruan. Beliau berpendapat kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh masyarakat, cara yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat.

Teori Erik Erikson pula menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini.. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu.

2.3 Strrategi Pengajaran Dalam Pengurusan Sosio-emosi Belajar Melalui Bermain:

Tahukah “Belajar melalui bermain” adalah salah satu strategi pengajaran yang dapat memberi perhatian kepada sosio-emosi pelajar dalam kelas pelbagai budaya. Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan khusus dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. Melalui bermain mereka gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi.” [Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003]

Belajar Melalui Bermain adalah antara strategi yang boleh digunakan oleh seorang guru untuk menggalakkan interaksi sosial dan mengawal emosi murid secara semula jadi. Bermain adalah proses spontan yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenali sebagai pembelajaran tidak formal.

Froebel (1782 – 1852) pernah mewujudkan program kindergarten 1 di Jerman untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun berkonsepkan ‘bermain sambil belajar’. Beliau percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu aktiviti yang menggembirakan. Bermain adalah salah satu aktiviti yang menggembirakan. Dengan bermain kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran.Manakala Dewey (1852 – 1859) pula menggalakkan proses pembelajaran melalui prinsip belajar melalui bermain di mana aspek keseronokan merupakan hak bagi setiap kanak-kanak.

2.4 Kepentingan Pengurusan Sosio-emosi

Guru perlu mengurus sosio-emosi murid-muridnya secara berkesan kerana kegagalan guru berbuat demikian akan memberi impak kepada pencapaian murid. Antara aspek akan berlaku dalam pengurusan sosio-emosi terdiri daripada berikut:

a) Proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu.
b) Iklim bilik darjah tidak kondusif akan memberi kesan yang buruk terhadap prestasi kesuluruhan
c) Memberi tekanan mental kepada murid dan guru
d) Murid rasa tergangggu dan tidak selesa
e) Murid sukar memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran


Berhenti dan Reflek
Jika anda mengajar kelas yang terdiri daripada pelajar pelbagai budaya, buat refleksi tentang apakah cara yang telah anda laksanakan untuk mengurus sosio-emosi pelajar dalam kelas. Berjaya atau tidak anda menguruskan kelas? Kongsi pengalaman anda dengan rakan-rakan anda.




Latihan/ Aktiviti


Dalam kumpulan bertiga , cadangkan strategi-stategi pengajaran yang difikirkan sesuai untuk digunakan oleh seorang guru yang mengajar kelas pelbagai budaya dan nyatakan kelebihan strategi-stategi pengajaran tersebut.








2.5 Rumusan

Topik ini membincangkan mengenai pengurusan sosio-emosi pelajar dan kepentingannya seseorang guru dapat menguruskan sosio-emosi pelajar dalam bilik darjah yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Antara aspek –aspek penting adalah berikut:


· Sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.
· Peranan guru sangat penting dalam pengurusan sosioemosi dengan memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan murid untuk berinteraksi dengan rakan di dalam kelas pelbagai budaya
· Belajar Melalui Bermain adalah antara strategi yang boleh digunakan oleh seorang guru untuk menggalakkan interaksi sosial dan mengawal emosi murid secara semula jadi. Ia amat bermakna dalam membantu mengeratkan hubungan antara murid pelbagai latar belakang
· Pengajaran dan pembelajaran akan terganggu dan tekanan mental akan dihadapi pelajar jika keadaan sosio-emosi tidak diurus dengan baik oleh guru.

Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan.

Teks Bacaan Asas

Woolfolk,A. (2004). Educational Psychology. Boston: Allyn & Bacon

Rujukan

Jones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating Positive Learning Environments for all Students. Mass: Allyn & Bacon.

















TOPIK 3
PERHUBUNGAN ANTARA KELOMPOK ETNIK


Dalam topik ini, anda akan diberi pendedahan tentang hubungan etnik di Malaysia. Aspek-aspek dan ciri-ciri hubungan etnik dai Malaysia akan diketengahkan dan implikasinya terhadap perhubungan dalam bilik darjah.

3.1 Hubungan etnik

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Jangan kita lupa bahawa negara kita pernah menghadapi konflik etnik yang menyebabkan berlakunya pelbagai masalah. Sebagai rakyat Malaysia sudah semestinya kita perlu mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969.

Perlu kita sedar bahawa pengalaman pahit tersebut telah menyedarkan kita bahawa:

1. Kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik
2. Kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang
3. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu seiring dan seimbang supaya tidak timbul kepincangan dalam masyarakat sehingga menimbulkan konflik.

Adalah penting untuk kita memahami apa yang dimaksudkan dengan keseimbangan. Dalam konteks negara kita Malaysia keseimbangan melibatkan agihan habuan ekonomi yang saksama dan perkongsian pemerintahan yang matang. Persoalannya ialah:

· Apakah faktor yang dapat mewujudkan keseimbangan?
· Apakah perkara yang perlu dipertahan atau dipelihara untuk menjamin keseimbangan yang berterusan?

Mudah sahaja iaitu usaha yang berterusan dalam memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis.







Berhenti sejenak dan renung tentang hubungan etnik



Cuba anda fikir sejenak apakan kesan daripada Peristiwa 13 Mei 1969 kepada hubungan antara kaum di negara kita.





3.2 Kepentingan Memahami Hubungan Etnik


Sebagai seorang guru, anda perlu memahami akan kepentingan hubungan etnik. Ini adalah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah anda dan dalam jangka waktu panjang ialah untuk mewujudkan “1 Malaysia”.

Apakah kepentingan memahami hubungan etnik? Mari kita meneliti betapa pentingnya setiap individu memahami tentang hubungan etnik dalam negara kita. Antara kepentingan termasuk:

· Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang pernah menghadapi konflik etnik

· Hubungan etnik berkait rapat dengan:
- seluruh struktur sosial masyarakat dan
- memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan ,
- punca konflik serta
- sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial

· Hubungan etnik menggambarkan perkembangan sejarah negara dan kemampuan sosioekonomi negara kita.

· Hubungan etnik dapat mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial.

· Melalui hubungan etnik, akan dapat kita fahami isu prasangka dan diskriminasi yang berlaku serta gambaran tentang peranan faktor personaliti dalam menentukan tatalaku anggota masyarakat.

· Hubungan etnik dapat membantu dalam memahami kesan perindustrian dan perubahan sosial.

· Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial negara.



Berhenti dan Reflek
Apakah yang anda fahami tentang konsep masyarakat majmuk? Bagaimanakah peranan anda sebagai seorang guru untuk membantu pelajar anda memahami konsep ini?


Adalah perlu kita fahami bahawa keharmonian hubungan etnik di negara kita tidak bergantung sepenuhnya kepada keadaan berbaik-baik antara kaum tetapi juga antara kumpulan kelas sosial yang berbeza.

Hubungan etnik yang wujud pada masa kini telah mencorakkan sistem sosial di Malaysia. Sejauhmana tahap perpaduan nasional di negara kita masih sukar diukur. Namun demikian negara luar melihat bahawa wujudnya keharmonian dalam hubungan etnik di Malaysia. Ini telah memberi impak kepada sektor-sektor pelancongan, perindustrian, perdagangan dan lain-lain. Masyarakat luar dapat melihat kestabilan politik dan ekonomi di sini. Inilah antara kesan yang wujud hasil daripada hubungan etnik yang seimbang dan stabil.



Latihan/ Aktiviti



Secara berkumpulan bincangkan perkara-perkara berikut. Anda digalakkan menggunakan pendekatan kolaboratif semasa perbincangan. Anda diberi masa 10 minit untuk berbincang mengikut tajuk dan selepas itu jelaskan kepada kumpulan anda hasil perbincangan tersebut.

a. Kontrak sosial
b. Dasar “ Pecah dan Perintah” zaman pemerintahan British
c. Pembentukan Negara Bangsa
d. Dasar Kebudayaan Nasional
e. Konsep “ 1 Malaysia”



3.3 Rumusan

Topik ini membincangkan mengenai hubungan etnik di Malaysia dan kepentingannya setiap daripada rakyat Malaysia memahami tentang hubungan etnik dalam negara kita. Antara aspek –aspek penting adalah berikut:

Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang pernah menghadapi konflik etnik

Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial

Hubungan etnik menggambarkan perkembangan sejarah negara dan kemampuan sosioekonomi negara kita

Hubungan etnik dapat membantu dalam memahami kesan perindustrian dan perubahan sosial.

· Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial negara.



Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan.

Teks Bacaan Asas

Muhamad Kamarul Kabilan & Zaharah Hassn.(2005). Readings on ethnic relations in a
multicultural society. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Rujukan

Woolfolk,A. (2004). Educational Psychology. Boston: Allyn & Bacon




































TOPIK 4

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Sebagai guru berpengalaman, imbas balik “ Apakah yang anda faham dengan pengajaran dan pembelajaran?” Apakah aspek-aspek yang perlu anda ambil perhatian sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Pernahkah anda berfikir cara terbaik untuk menguruskan pengajaran dan pembelajaran yang baik dalam bilik darjah yang mesra budaya? Topik ini akan membincangkan pengurusan pengajaran dan pembelajaran dengan fokus kepada konsep, dan peranan guru dalam mengurus pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

4.1 Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran
“Pengajaran” atau “pedagogi” bermaksud bagaimana seseorang guru menyampaikan pelajaran atau ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya. Ia merupakan satu proses daripada persediaan untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali apa yang telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses pengajaran itu. Pengajaran juga adalah rancangan guru yang sistematik untuk membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran
Pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai rancangan guru yang sistematik untuk membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Santrock J.W dalam bukunya Educational Psychology: A Tool for Effective Teaching menyatakan bahawa pengajaran berkesan bergantung kepada 2 faktor utama iaitu : pengetahuan profesional guru dan komitmen guru yang berupaya merancang pengajaran tersusun dengan cemerlang (excellent instructional planning).
Pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkah laku yang berbeza. Dari sudut kognitif, pembelajaran boleh berlaku tanpa perubahan tingkah laku yang segera. Perubahan struktur mental yang berlaku melibatkan perubahan skema, kepercayaan, jangkaan dan matlamat. Proses pembelajaran yang berlaku secara berterusan akan membawa perubahan tingkah laku. Contohnya, seseorang murid akan mula menguasai kemahiran membaca setelah proses pembelajaran berlaku secara berulang-ulang dan berterusan. Penguasaan dan pemahaman terhadap sesuatu fakta akan mudah dikuasai apabila proses pembelajaran dibantu dengan pelbagai bahan bantu mengajar sebagai bahan rangsangan seperti gambarajah, jadual, carta, gambar dan lain-lain alat bantu yang memudahkan murid-murid menghubungkaitkan maklumat.

4.2 Ciri-ciri Guru Berkesan

Salhah Abdullah (2006) dalam bukunya Guru Sebagai Fasillitator menegaskan bahawa ”guru sebagai fasilitator berperanan sebagai perancang, pengurus dan pelaksana perlu berpandukan prinsip pengurusan yang sistematik. Prinsip perancangan perlu tepat diikuti dengan prinsip penyampaian yang sesuai dan disusuli dengan prinsip tindakan yang tepat ” ( p.43).

“Effective teachers have good command of their subject matter and a solid core of teaching skills. They have excellent instructional strategies supported by methods of goal setting, instructional planning, and classroom management. They know how to motivate, communicate, and work effectively with students who have different levels of skills and come fromculturally diverse backgrounds. Effective teachers also understand how to use appropriate levels of technology in the classroom. “ (Santrock, 2006)


Matlamat pengajaran pula adalah seperti berikut:

• Untuk menyampaikan maklumat berbentuk ilmu pengetahuan
• Membolehkan pelajar menguasai kemahiran kogintif, afektif dan psikomotor.
• Membantu pelajar memiliki nilai dan sikap yang sihat.
• Menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif.
• Membantu pelajar supaya boleh berdikari


4.3 Konsep Pembelajaran

4.4 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

Pengurusan melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan. Manakala pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan aspek-aspek berikut:

· Merancang pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dengan mengambilkira latar belakang murid yang berbeza
· Melaksana pengajaran dan pengajaran seperti yang telah dirancang dan membuat pengubahsuaian semasa jika perlu
· Menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
· Membuat tindakan susulan berdasarkan penilaian yang telah dibuat termasuk membuat penambahbaikan



Berhenti dan Berfikir


Cuba anda renung dan fikir peranan anda sebagai pengurus pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pelbagai budaya. Apakah aspek-aspek yang perlu anda fokuskan? Kongsikan dengan rakan anda


4.5 Pengurus Pengajaran dan pembelajaran Dalam Kelas pelbagai budaya:

Seorang guru yang mengurus pengajaran dan pembelajaran juga boleh digelar ‘pengurus’. Ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan berkesan termasuk :

· Prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling
· Sistematik dalam merancang dan menilai
· Penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang
· Bijak mengurus masa
· Berpandangan jauh
· Bersedia untuk berubah dan fleksibel
· Berkomuknikasi dengan berkesan

4.6 Peringkat-peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Dalam konteks pengurusan pengajaran dan pembelajaran, peringkat-peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan persediaan guru :
i) Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran
ii) Semasa proses pengajaran dan pembelajaran
iii) Selepas proses pengajaran dan pembelajaran




































Rajah 1: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

GURU
PERANCANGAN
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENILAIAN & PENGUKURAN

PENAMBAHBAIKAN
PEMULIHAN
PENGAYAAN



- BAHAN

- SUMBER

- STRATEGI
Tidak
Berkesan












HASIL PEMBELAJARAN
TERCAPAI
Berkesan
















Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran
Sebagai seorang guru yang berhadapan dengan murid-murid pelbagai budaya, guru perlu membuat persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengjaran dan pembelajaran. Persediaan sebelum pengajaran dan pembelajaran termasuk merancang pelaksanaan pengajaran melalui penulisan Rancangan Pengajaran Harian meliputi aspek-aspek :

§ Hasil pembelajaran yang tepat
§ Kaedah pengajaran yang sesuai dengan kepelbagaian budaya murid
§ Sumber pengajaran yang mencukupi
§ Bahan bantu mengajar yang berkesan
§ Langkah-langkah proses pengajaran yang jelas


(a) Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran bermula dengan perancangan dan penyediaan bahan bantu mengajar yang sesuai. Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dan berkesan sangat penting untuk membantu guru menerangkan konsep abstrak yang sukar kepada para pelajar. ” Mengguna alat bantu mengajar (ABM) dapat membantu menerangkan sesuatu konsep” (Hiebert, Weame & Taber, 1991; Kozma, 1991). Contoh-contoh bahan bantu mengajar seperti bahan maujud, gambar, pengursan grafik, peta minda, gambarajah, radio, komputer, video, kad imbasan, gambarajah, akhbar, majalah,


audio visual, model, prototaip atau bahan-bahan sejarah. Ciri-ciri bahan pengajaran efektif pula berbentuk maujud, praktikal, selamat digunakan dan guru dapat menggunakan bahan tersebut untuk menerangkan konsep abstrak yang sukar difahami dengan berkesan.
Seorang guru yang kreatif akan menyesuaikan bahan bantu mengajar dengan isi pelajaran agar murid mudah menguasai konsep abstrak yang kompleks. Ini diakui oleh Mayer & Gallini, (1990); “ Guru perlu menerangkan dengan jelas dan memberi contoh-contoh yang berkaitan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran “. Manakala Slavin (1994) menyarankan “guru perlu menyediakan pengajaran yang boleh menarik minat dan menyeronokkan pelajar dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan alat bantu mengajar (ABM).

(b) Pemilihan Sumber Pengajaran

Guru yang bersedia dengan maklumat dari pelbagai sumber bukan sahaja berjaya memberi penerangan yang jelas kepada pelajarnya tetapi juga mampu membuat perkaitan antara idea-idea, mencadangkan pemikiran baru dan mencabar pelajar untuk berfikir pada aras tinggi .

Sumber- sumber pembelajaran yang boleh digunakan seperti buku teks, buku rujukan, internet, maklumat akhbar, majalah, rancangan radio dan televisyen, jurnal , prospektus, phamplets and brochures, laporan penyelidikan, statistik rasmi, Akta, Arahan Perbendaharaan termasuk sumber hasil temubual dan soal selidik. Sumber yang tepat, sesuai, dan mencukupi mampu mencabar

minda pelajar seterusnya menarik minat mereka untuk memahami isi pelajaran dengan lebih berkesan. Semasa merancang pengajaran, saya mendapatkan seberapa banyak input daripada pelbagai sumber sebelum memulakan setiap sesi pengajaran .


Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran

(a) Strategi Pengajaran Releven Pelbagai Budaya

Pemilihan strategi pengajaran yang tepat juga mampu membuatkan penyampaian maklumat dan pelaksanaan pengajaran menjadi lebih berkesan terutama aktiviti yang melibatkan interaksi aktif murid yang terdiri daripada pelbagai budaya dan latar belakang.




Berfikir dan berbincang


Bincangkan dalam kumpulan apakah strategi-strategi pengajaran yang telah anda pelajari dan laksanakan yang relevan pelabagai budaya ?


Semasa guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu memastikan

§ melaksanakan pengajaran seperti yang dirancang
§ mengenalpasti prosedur penilaian pembelajaran murid yang sesuai
§ menerapkan nilai-nilai kepelbagaian budaya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
§ menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif dari segi psikososial dan fizikal untuk murid-murid yang mempunyai latar belakang berbeza
§ mengurus disiplin murid dengan mengambilkira kepelbagaian kelompok murid
§ mengendalikan aktiviti pemulihan dan pengayaan


Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Seterusnya proses penilaian dan pengukuran perlu dilaksanakan oleh guru untuk mengetahui keberkesanan pengajaran. Penilaian prestasi merupakan satu proses meliputi aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi, aktiviti, hasil dan impak pengajaran dan pembelajaran bagi membuat analisis untuk memastikan pelajar telah menguasai kemahiran yang disampaikan oleh guru. Guru juga dapat
merancang aktivti selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan dan mengambil tindakan susulan .

Menurut D. Stufflebeam dalam bukunya “ Educational Evaluation and Decision Making”, beliau telah mentakrifkan penilaian sebagai satu proses menentukan, mendapatkan serta memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan yang selanjutnya. Gay (1985) pula berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses sistematik mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.

Keberkesanan sesuatu proses pengajaran tidak dapat dipastikan tanpa proses penilaian oleh guru semasa dan selepas pengajaran berlaku. Penilaian dilaksanakan berperanan untuk:

• Mengesan perkembangan penguasaan murid dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran untuk merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan
• Mengenal pasti keberkesanan pengajaran guru supaya membolehkan guru memperbaiki pengajaran selanjutnya
• Mengambil tindakan susulan untuk mengatasi kelemahan & meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran
meningkatkan keberkesanan pengajaran .

Keputusan peperiksaan penilaian formatif pula yang dilaksanakan selepas tamat sesuatu tajuk dan penilaian sumatif yang dilaksanakan secara holistik pada hujung semester dapat menilai pencapaian pelajar. Penilaian prestasi pelajar juga membolehkan guru menilai semula strategi pengajaran dan membuat penambahbaikan. Penilaian menyeluruh pelajar dapat dilakukan melalui data-data pengukuran kuantitatif dan kuanlitatif .

Pengukuran merupakan satu proses sistematik untuk mendapatkan maklumat secara kuantitatif untuk menentukan pencapaian murid. Tujuan utama pengukuran adalah untuk membuat pengelasan bagi pencapaian akademik murid dalam pembelajaran dan membuat penambahbaikan kepada kaedah pengajaran guru. Alat pengukuran dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti data kuantitatif hasil daripada ujian bulanan, kuiz, peperiksaan, temubual murid/rakan sekerja, soal selidik, senarai semak, rekod anekdot, skala kadar, sosiogram, data pemerhatian dan kajian tindakan. Alat pengukuran yang tepat dalam proses penilaian mampu memberi maklumat berharga kepada guru untuk mengukur pembelajaran pelajar dan menilai keberkesanan pengajaran guru . Apabila guru memberikan ujian kepada pelajarnya, guru sebenarnya bukan sahaja sedang mengukur pencapaian pelajarnya tetapi juga mengukur keberkesanan strategi pengajarannya sendiri.

Penambahbaikan perlu dilakukan oleh guru setelah melaksanakan penilaian dan pengukuran. Pendekatan Pengajaran Masteri contohnya amat menekankan bahawa guru perlu memastikan murid telah dapat menguasai sesuatu kemahiran sebelum kemahiran yang baru disampaikan. Penambahbaikan berbentuk pemulihan, pengayaan dan penilaian semula kesemua elemen-elemen yang terlibat semasa merancang dan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku perlu diambilkira oleh seorang guru yang proaktif dan berkesan

Setelah guru selesai menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memperuntukkan masa membuat refleksi terhadap pelaksanaan pengajarannya. Langkah ini adalah penting untuk mengkaji keberkesanan pengajaran guru dalam aspek pemilihan strategi pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar, maklumat dan sumber pengajaran, tahap pencapaian murid dan keberkesanan komunikasi guru-murid..




·
· Gunakan internet untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai pengurusan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pelbagai budaya, Senaraikan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang berkesan selain daripada yang telah dibincangkan di atas untuk mengendalikan kelas yang mempunyai murid-murid yang berlainan budaya dan latar belakang ?


Latihan/Aktiviti
1. Dalam satu kumpulan bertiga sediakan satu carta alir yang lengkap berhubung pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang telah anda pelajari . Setiap peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran, anda perlu menunjukkan dengan jelas aspek-aspek yang anda fikirkan penting untuk diberi perhatian oleh seorang guru yang mengajar di dalam kelas pelbagai budaya murid. Cantumkan semua peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran untuk dibentangkan.
2. Bincangkan dengan pensyarah anda apakah masalah-masalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran bagi kelas pelbagai budaya dan bagaimanakah anda mengatasi masalah-masalah tersebut ?


1.3 Rumusan

Kita sudah sampai ke penghujung topik. Mari kita membuat rumusan.tentang apa yang telah dipelajari.

· Pedagogi atau pengajaran merupakan satu proses daripada persediaan untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali apa yang telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses pengajaran itu.

· Pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkah laku yang berbeza

· Pengurusan pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira latarbelakang pelajar, dan kepelbagaian perbezaan dari segi kognitif, sosial, emosi dan fizikal pelajar.

· Ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling; sistematik dalam merancang dan menilai; penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang, mengurus masa dengan baik dan mempunyai kemahiran abad ke 21.

· Guru perlu mengambil kira semua aspek kepelbagaian budaya apabila mengurus pengajaran dan pembelajaran dalam semua peringkat pengajaran.

Senarai teks bacaan dan rujukan diberikan di bawah.

Teks Bacaan Asas

Santrock J.W (2006) Educational psychology: A tool for effective teaching( 3rd ed).New
York: Mc Graw – Hill

Rujukan

Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon.

Good, T.L.& Brophy, J.E.(1997). Looking in classrooms. New York: Addison Wesley Educational
Inc.

Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice.(4th Ed.) New
Jersey: Merrill Prentice Hall.





























TOPIK 5

Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian kelompok (Cultural and Indigeneous relevant pedagogy)

Topik ini membincangkan pedagogi relevan budaya di mana strategi –strategi yang sesuai diguna dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah pelbagai budaya. Tambahan pula, peranan guru dalam menangani cabaran dalam memilih pedagogi relevan budaya untuk pelbagai kelompok etnik dalam bilik darjah turut diketengahkan.

5.1 Konsep Pedagogi Relevan Budaya
Sebagai seorang guru berkesan dalam abab ke 21 ini, adalah penting kita sebagai pendidik untuk memahami konsep kepelbagaian pelajar (perbezaan individu). Kesedaran dan kefahaman kosep kepelbagaian pelajar ini harus melewati bukan hanya mengenal dan mentafsir konsep sahaja tetapi boleh mencerakin serta mengambil kira keunikan perspektif budaya dan sosial.
Malaysia sebuah negara pelbagai budaya, guru perlu peka kepada pengajaran seperti dinyatakan Gay (2000) “culturally responsive teaching as using the cultural knowledge, prior experiences, and performance styles of diverse students to make learning more appropriate and effective for them; it teaches to and through the strengths of these students”. Ulasan yang utarakan Gay memberitahu bahawa kita perlu ambil perhatian guru-guru bagi menghadapi murid-murid berlatarkan pelbagai budaya. Rasionalnya supaya suasana pengajaran dan pembelajaran lebih optima dan berkesan bagi semua murid.

5.2 Tujuan Pedagogi Relevan Budaya

Guru seperti kita perlu memahami hakikat bahawa perlaksanaan pedagogi mereka dalam bilik darjah murid pelbagai budaya memerlukan mereka hadapi situasi pengajaran dengan keperihatinan sosial budaya. Guru perlu beri perhatian terhadap konsep ini dengan pertimbangan bijak supaya pengelolaan, pengurusan dan pengajaran mereka mengambil kira sensiviti budaya.

Guru yang peka dan pandai mengolah pengajaran dan pembelajaran pelbagai budaya harus berinteraksi dengan lebih positif dapat memupuk kebangaan budaya masing-masing bagi memangkin kematangan intelek. “Culturally relevant pedagogy calls for instruction to be made relevant to the student by finding an intersection between (a) the student’s knowledge and skills and (b) school’s knowledge and skills by engaging the student in active investigations so she can discover the connections between what she knows and what teachers want her to know” (Lee 1992). Pengajaran relevan budaya membantu kesefahaman dan permuafakatan antara guru dan murid supaya kesepaduan perolehan ilmu, kemahiran dan sikap yang holistik boleh mencapai hasrat dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukunegara.



Definisi :
Untuk memahami pedagogi relevan budaya, terminologi ini mula diambil perhatian oleh Gloria Ladson-Billings (1994) menyatakannya sebagai “a pedagogy that empowers students intellectually, socially, emotionally, and politically by using cultural referents to impart knowledge, skills, and attitudes.”1


Berhenti dan Berfikir


Cuba anda terjermahkan definisi yang diberikan oleh Gloria Ladson_Billings dan bincang dengan kawan anda, kaitkan apa yang anda faham dengan tugas anda sebagai seorang guru:


Apabila kita bertugas di sekolah yang ada murid daripada latar belakang budaya yang berbeza, guru seperti anda seharusnya menjadi pengantara persekitaran sekolah dan rumah murid. Guru yang mengajar dalam situasi budaya berbeza harus mengunakan ciri-ciri perbezaan budaya, latar belakang, pengetahuan dan pengalaman pelajar untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran.

5.3 Ciri-ciri Pedagogi Relevan Budaya

Selepas kita telah dan fahami konsep dan tujuan pedagogi relevan budaya, cuba anda bincang dengan rakan anda mengenai soalan “Apakah ciri-ciri pedagogi relevan budaya ?” Selepas berbincang, sila senarai ciri – ciri pedagogi relevan budaya.


Bandingkan ciri-ciri yang anda berikan dengan pernyataan yang diberikan oleh Guittierez (1994) dan Ladson-Billings (1994) yang diberikan :

1. Pembelajaran lebih berkesan apabila murid menyebati pengetahuan, konsep, procedur, kemahiran dan strategi yang mereka pelajari daripada situasi pelbagai budaya ke dalam kesepaduan ilmu dan nilai tanpa prejudis budaya lagi.
2. Ia adalah mustahak bagi murid memahami latar belakang mereka yang berlainan budaya, proses aktif pembelajaran rentasi budaya walaupun belajar dalam kepelbagaian tetapi ia menyatupadukan ilmu pengetahuan..
3. Selain daripada membantu pelajar perolehi pengetahuan, pedagogi relevan budaya beri motivasi murid belajar secara konstektual, iaitu mengambilkira pengalaman murid yang berbeza.

5.4 Strategi pengelolaan Pedagogi Relevan Budaya.

Sekiranya anda hadapi murid daripada pelbagai budaya, nescaya anda perlu mengambil perhatian terhadap kepelbagaian / perbezaan individu dalam bilik. Guru perlu merancang seterus mengelola pengajaran dengan mengambil kira aspek berikut :

Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran

Guru yang mengelolakan pedagogi dalam bilik darjah pelbagai budaya harus melihat pengajaran sebagai “an art rather than a science” supaya guru seperti anda berfikiran kreatif dan boleh menyesuaikan diri dengan murid pelbagi budaya. Guru juga mempunyai pandangan bahawa semua murid boleh belajar dan mencapai kejayaan. Anda juga boleh berhubung dan berkomunikasi dengan ibu bapa murid berlainan budaya. Mempunyai sifat mudah mesra dengan murid dan sentiasa bersedia berkongsi maklumat, pengetahuan, kemahiran dengan murid pelbagai budaya. Anda yang mengajar kelas yang terdapat murid pelbagai budaya perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran anda dengan mengambil kira konsep perbezaan individu. Sebagai contoh guru digalakkan gunakan kaedah dan teknik berikut:

1. Kaedah pembelajaran kolaboratif dan koperatif
Guru yang mengunakan strategi pemusatan murid ini, mengalakkan murid berbincang dan sesi buzz melibatkan ahli-ahli kumpulan pelbagai budaya. Contohnya dalam kumpulan perbincangan ahli kumpulan terdiri daripada Ahmad, Seng Yan dan Kumaran. Murid digalakkan berinteraksi dan bekerjasama dalam suasana hormat-menghormati. Sesi pembentangan perlu mempamirkan kejayaan semangat pasukan dan setiakawan. Guru perlu memudahcara letusan idea ahli kumpulan, memberi penghargaan secara kolektif melambangkan harmoni sesuatu kumpulan pelbagai budaya. Kolaboratif dan koperatif perlu dipupuk diperingkat sekolah rendah lagi bagi mendapat persekitaran pembelajaran yang sihat dan boleh menyatu-padukan murid pelbagai budaya dalam kelas

2. Penemuan
Guru merancang pengajaran melalui penemuan, contohnya bagi Tajuk : Budaya masyarakat majmuk. Rusnah dan Fauziah diberi tajuk : Budaya Orang China, Ah Seng dan Ah Hai diberi tajuk : Budaya Orang India dan Sarojini dan Selvarani diberi tajuk : Budaya Orang Melayu. Strategi rentas budaya mengkehendaki pelajar meneroka dan membina pengetahuan serta pengalaman supaya faham budaya orang lain, Sesi pembentangan mereka dikukuhkan dengan terdapat perkongsian maklumat dengan murid lain dari pelbagai budaya memberi maklumat, hurai atau memperbaiki persepsi budaya masing-masing

3. Projek
Kaedah ini memerlukan pembinaan kumpulan yang terdiri daripada murid pelbagai kaum dan budaya. Tajuk yang sesuai dan melambangkan kepelbagaian budaya diberi keutamaan. Contohnya murid diberi tajuk: Adat Perkahwinan. Ahli kumpulan terdiri daripada bangsa berbeza supaya mereka boleh kongsi pengalaman dan buat kerja lapangan di komuniti yang berbeza. Murid boleh mendapat sumber pengetahuan terus daripada kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Apa yang selalu kita perhatikan murid kaum tertentu hanya akan buat projek berkaitan dengan bangsa sendiri tanpa ada rentasan budaya.


Penggunaan Bahan Bacaan Bagi Pedagogi Relevan Budaya

Guru seperti anda harus menerima konsep perbezaan individu dan menterjemahnya semasa pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh semasa mengajar kemahiran bacaan terdapat guru yang tidak perihatin terhadap bahan bacaan yang tidak mesra budaya. Bahan bacaan yang merujuk sesuatu budaya secara berat sebelah (bias) boleh membawa konflik permikiran murid. Sesuatu program bacaan yang berkesan harus rapatkan perbezaan budaya dan memberi murid ruang berfikir secara positif perbezaan budaya. Anda sebagai guru yang menjiwai pedagogi pelbagai budaya harus :

Memilih bahan bacaan yang boleh dikaitkan dengan pengalaman setiap murid dalam bilik darjah anda.
Menguasai pelbagai strategi pengajaran pembelajaran.
Ketahui dan memahami perkataan / ayat yang boleh menyinggung budaya murid.
Wujudkan atau cari bahan bacaan sesuai dengan budaya setiap murid.
Galakkan murid membaca dan memahami bahan rentas budaya.

Adakah anda berfikiran terbuka dan positif melaksanakan pengajaran di bilik darjah dengan mengambil perhatian terhadap perkara-perkara tersebut ?

Pembelajaran berasaskan computer berasaskan pedagogi relevan budaya

Perkembangan teknologi mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran, Integrasi teknologi maklumat ke dalam pengajaran dan pembelajaran juga harus mengambil kira perbezaan individu terutama dari segi sosial dan budaya.Teknologi amat membantu pengajaran dan pembelajaran, guru peka terhadap pengajaran berasaskan komputer sesuai dengan budaya pelajar. Pembelajaran berasaskan komputer perlu memaparkan persekitaran budaya pelajar secara mesra.

Anda perlu beri fokus kepada perkara tersebut:

(a) Perkembangan teknologi manfaatkan guru dan murid, ia telah mengubah corak pengajaran dan pembelajaran, guru yang berkesan akan gunakan teknologi membantu pengajaran. Bahan berasaskan computer perlu sesuai dengan budaya pelajar.
(b) Semua murid perlu diberi peluang dan ruang untuk meneroka alam siber secara luas tetapi guru perlu menerapkan perbezaan individu dan budaya secara positif.
Anda perlu menguasai teknologi untuk membolehkan teknologi membantu anda menguruskan perbezaan demi memanfaatkan pembelajaran murid. Sebagai contoh apabila anda bawa masuk perisian pembelajaran ke dalam bilik darjah perlu semak kandungan perisian tersebut supaya tidak menjejaskan budaya seseorang murid.
Aspek terakhir yang perlu anda beri perhatian dalam konsep pedagogi relevan budaya ialah komunikasi guru yang berkesan. Cuba anda bincang dengan rakan dan senaraikan perkataan atau ayat yang tidak sesuai bagi sesuatu kaum.
Bil
Kumpulan Etnik
Perkataan atau Ayat yang kurang sesuai digunakan semasa Pengajaran & Pembelajaran






















Secara umumnya guru perlu guna bahasa yang mudah difahami oleh semua murid. Guru harus beri ruang dan peluang bagi murid kemukakan idea daan pendapat. Guru perbetulkan dan menyebut kembali sebut yang salah/pelat. Guru tidak mengajuk/ mentertawa murid pelat sebutan yang melambangkan etnik tertentu. Guru juga perlu berusaha mempelajari dan memahami bahasa ibunda murid yang berlainan etnik.

Cuba buat renungan
Cuba imbas kembali dan tanya diri sendiri faktor yang manakah (seperti yang dinyatakan di atas) memberi sumbangan kepada kejayaan anda dalam pedagogi relevan budaya? Adakah anda dapati sebarang kelemahan yang timbul? Sekiranya ada bagaimana anda atasinya.


Latihan/Aktiviti

Dalam mempastikan keberkesanan pengajaran pedagogi relevan budaya, guru-guru perlu menggunakan pelbagai kaedah pengajaran. Pilih salah satu kaedah dan jelaskan cara bagaimana anda akan melaksanakannya?



1.4 Rumusan

Kita sudah sampai ke penghujung topik. Mari kita membuat rumusan.tentang apa yang telah dipelajari.

· Pedagogi relevan budaya merujuk kepada “a pedagogy that empowers students intellectually, socially, emotionally, and politically by using cultural referents to impart knowledge, skills, and attitudes”

· Salah satu ciri pembelajaran berkesan ialah penyebatian pengetahuan, konsep, procedur, kemahiran dan strategi yang mereka pelajari daripada situasi pelbagai budaya ke dalam kesepaduan ilmu dan nilai tanpa prejudis budaya lagi


· Antara kaedah/teknik pengajaran yang sesuai untuk pedagogi relevan budaya termasuk kaedah koperatif, penemuan dan projek.

· Integrasi teknologi maklumat ke dalam pengajaran dan pembelajaran juga harus mengambil kira perbezaan individu terutama dari segi sosial dan budaya.
Senarai teks bacaan dan rujukan diberikan di bawah.

Teks Bacaan Asas
Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. 4th Edition. New
Jersey: Merrill Prentice Hall.

Rujukan

Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon.

Good, T.L.& Brophy, J.E.(1997). Looking in Classrooms. New York: Addison Wesley Educational
Inc.


Montgomery,W.(2001). Creating culturally responsive, inclusive classrooms. Teaching
Exceptional Children, Vol.33(4) pp 4-9.



































TOPIK 6

PEDAGOGI KELAS BERCANTUM



Fikirkan tentang pengalaman peribadi yang pernah anda melalui mengenai keperluan untuk merancang bagi mengajar sebuah kelas bercantum. Contohnya, merancang untuk mengajar satu pelajaran kelas bercantum. Apakah ciri-ciri biasa yang terkandung dalam pedagogi kelas bercantum?

Sekarang kita akan meneliti cara bagaimana mengelolakan sesi pengajaran untuk kelas bercantum

6.1 Sejarah dan Konsep Kelas Bercantum
Setiap murid di negara ini perlu diberikan peluang untuk memperoleh pendidikan selaras dengan pendemokrasian pendidikan. Oleh sebab terdapat banyak sekolah kurang murid di pedalaman, kelas bercantum diadakan. Di samping itu, bilangan guru di sekolah-sekolah tersebut juga adalah sedikit dan dengan itu, perlu mengajar lebih daripada satu kelas pada masa-masa tertentu.

Sejarah kelas bercantum telah bermula sejak penjajahan British di negara ini di mana ia dikenali sebagai Multiple Class Teaching. Multiple Class Teaching dijalankan di Lower Primary School ketika itu oleh sebab keadaan bilangan guru yang sangat minima dan kemudahan asas seperti bilik darjah dan papan tulis tidak mencukupi.

Konsep Kelas Bercantum
Konsep kelas bercantum merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yang mengandungi murid-murid yang umurnya hampir sebaya; misalnya tahun satu dan dua, tahun tiga dan empat serta tahun lima dan enam.

Kelas bercantum “sebagai satu bentuk pengajaran yang mana seorang guru mengajar murid-murid terdiri daripada beberapa gred atau lebih daripada satu gred di dalam sebuah bilik darjah.” (UNESCO, 1988).

Berasaskan pernyataan di bawah, cuba bincang dengan rakan anda bagaimana boleh berlaku?

a. Kalau enrolmen tahun / darjah berkenaan ada 10 orang murid atau lebih, kelas tidak perlu dicantum.
b. Kalau bilangan guru mencukupi, kelas tidak perlu dicantum.
c. Kalau bilangan guru tidak mencukupi dan bilangan murid adalah 10 orang atau kurang, kelas perlu dicantum.
d. Seelok-eloknya satu kelas bercantum tidak melebihi 20 orang murid.
e. Umur murid-murid dalam satu kelas bercantum perlulah hampir sama dan dari tahap yang sama, misalnya darjah satu dan dua atau darjah dua dan tiga.





Fikirkan


Cuba bincang dengan rakan anda dan senaraikan ciri-ciri kelas bercantum seperti mana yang anda ketahui. Kemudian, anda boleh semak dengan ciri-ciri yang anda senarai dengan yang diberikan dalam modul ini ?


6.2 Ciri-ciri Kelas Bercantum
· Kelas ini wujud di sekolah rendah sahaja.
· Murid-murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan
· Bilangan murid kurang daripada 10 orang dan dengan itu, tidak membolehkan satu kelas biasa dibuka.
· Guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana peruntukan guru mengikut bilangan kelas.
· Strategi pengajaran dan pembelajaran berbeza daripada kelas biasa.


Anda perlu ketahui bahawa tugas mengelola kelas-kelas bercantum banyak memerlukan persediaan dan pendekatan yang mahir daripada pihak guru. Kemahiran “multi task” atau keterampilan guru diperlukan supaya dapat menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.


6.3 Pedagogi Kelas Bercantum

Dalam situasi pengajaran secara kelas, konsep kepelbagaian murid perlu diambil kira kerana setiap murid mempunyai daya tanggapan, imaginasi, minat dan konsentrasi yang berbeza-beza walaupun mereka dalam kumpulan umur yang sebaya. Oleh itu murid-murid di bawah jagaannya lebih sesuai dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Prinsip-prinsip pecahan kepada kumpulan adalah seperti berikut :

(a) Kumpulan Sama Kebolehan
(b) Kumpulan Pelbagai Kebolehan
(c) Kumpulan Tahun Persekolahan
(d) Kumpulan Sosial
(e) Kumpulan Individu


Kumpulan Sama Kebolehan

Kumpulan yang sama kebolehan ini dikenali sebagai kumpulan akademik. Pelajaran seperti matematik dan bahasa amatlah sesuai diajar mengikut kumpulan ini. Guru memerhati dan mencatat pencapaian murid-murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kemudian secara berhati-hati membahagikan murid-murid pada kumpulan-kumpulan tertentu. Pembahagian murid-murid kepada kumpulan-kumpulan yang lemah. Cara pembahagian begini akan lebih cenderung membawa kepada bilangan murid-murid dalam kumpulan sederhana adalah lebih ramai daripada murid-murid dalam kumpulan cerdas dan lemah. Guru hendaklah lebih menitikberatkan keperluan kumpulan yang lemah ini.






















Renung dan fikirkan



Bincangkan bagaimana anda dapat mengelolakan sesi pengajaran berdasarkan kumpulan mengikut kebolehan?



Kumpulan Pelbagai Kebolehan

Kumpulan ini terdiri daripada murid-murid yang pelbagai kebolehan. Kalau murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan ini, dalam tiap-tiap kumpulan itu nanti terdiri daripada murid-murid yang berkebolehan dalam pelbagai aktiviti, ada yang pandai membaca, ada yang pandai melukis, ada penulis dan ada juga yang aktif dalam kerja-kerja praktikal. Murid yang cerdas dapat membantu murid yang lambat. Biasanya kumpulan ini dibentuk untuk menjalankan satu-satu projek. Oleh itu kumpulan yang mempunyai pelbagai kebolehan dapat menghasilkan kerja projek yang berjaya. Lembaran kerja pula disediakan mengikut kebolehan individu.
Kumpulan Tahun Persekolahan
Guru mengajar satu tahun tertentu, manakala masa yang sama kumpulan tahun persekolahan lain melakukan kerja sendiri. Sesuai bagi kemahiran yang berbeza. Setiap darjah ada kumpulan:
§ lambat
§ sederhana
§ cerdas

Guru mengajar mengikut darjah secara bergilir. Sediakan lembaran kerja untuk semua kumpulan.


Kumpulan Sosial

Kumpulan ini berbeza dengan Kumpulan Aktiviti dan Kumpulan Pelbagai Kebolehan kerana kumpulan ini dibentuk berdasarkan kepada penyesuaian kanak-kanak itu sendiri. Di sini kanak-kanak diberi peluang memilih kumpulan-kumpulannya sendiri. Jenis-jenis aktiviti yang dibuat biasanya termasuklah permainan, pelajaran muzik, drama atau pelajaran bercorak rekreasi dan kerehatan.

Kumpulan Individu
Kaedah ini boleh digunakan setelah semua kumpulan murid telah melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Guru mengambil kesempatan untuk membimbing secara individu.












·
· Gunakan internet untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai kelas bercantum. Kongsikan bahan rujukan dengan rakan-rakan anda.

6.4 Rancangan Pengajaran Kelas Bercantum

Pengubahsuaian Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.
Guru-guru yang terlibat dalam kelas bercantum perlu sedar sukatan pelajaran yang disediakan oleh PPK adalah untuk kegunaan kelas biasa. Sukatan Pelajaran tersebut perlu diubahsuai supaya selaras dengan kehendak murid-murid dalam kelas bercantum.

Guru yang mengajar kelas bercantum Tahun 4 dan 5 perlu meneliti isi kandungan sukatan pelajaran bagi kedua-dua tahun tersebut dan membuat penyesuaian bagi setiap mata pelajaran supaya dapat diajar serentak. (rujuk Rancangan Pengajaran Harian)

Mata pelajaran dan tajuk yang sama boleh diajar serentak mengikut prinsip-prinsip kelas bercantum. Guru perlu mengubahsuai jadual waktu supaya mata pelajaran berkenaan dapat diajar dengan serentak. Namun jika dua tajuk berlainan terpaksa diajar pada satu masa, kaedah pengajaran kumpulan perlu dititikberatkan.























PENGGUNAAN MASA KAEDAH DARJAH / TAHUN PERSEKOLAHAN

MASA

TAHUN 2
TAHUN 3
15 minit

Guru Mengajar
Kerja sendiri
15 minit

Kerja sendiri
Guru Mengajar

Catatan : Kaedah ini sesuai dipraktikkan apabila cantuman kemahiran tidak dapat dicantumkan










4.2 Rumusan

Diambil daripada : Modul BPG(2007). Kelas Bercantum.

Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Kelas Bercantum

Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod yang sangat penting bagi guru berdasarkan surat pekeliling K.P Bil.256/1961. Rancangan Pengajaran Harian sangat penting kerana

a) ia sebagai satu rujukan persediaan pelajaran harian.
b) ia dapat menentukan kemajuan sesuatu kelas dalam pelbagai mata pelajaran.
c) ia sebagai panduan berkenaan kemajuan dan prestasi sesorang murid.
d) dapat menyemak tugasan-tugasan yang sudah atau belum selesai dalam rancangan untuk setahun.
e) sebagai panduan dan membantu guru-guru lain yang mengambil alih mengajar sesuatu darjah.

Rancangan Pengajaran Harian terus dianggap sebagai rujukan penyediaan pelajaran harian tetapi lebih menekankan kepada pendekatan yang menyeluruh dan saling berkaitan bagi kedua kelas yang dicantumkan.







Latihan


Cuba imbas kembali dan tanya diri sendiri faktor yang manakah (seperti yang dinyatakan di atas) memberi sumbangan kepada kejayaan anda dalam pedagogi kelas bercantum? Adakah anda dapati sebarang kelemahan yang timbul? Sekiranya ada bagaimana anda atasinya.

Kita telah sampai ke akhir topik mengenai perancangan untuk mengajar. Mari kita membuat ringkasan isi penting dalam topik ini.:

Kelas bercantum merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yang mengandungi murid-murid yang umurnya hampir sebaya; misalnya tahun satu dan dua, tahun tiga dan empat serta tahun lima dan enam.

Antara ciri-ciri kelas bercantum adalah kelas ini wujud di sekolah rendah sahaja, murid-murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan; bilangan murid kurang daripada 10 orang dan dengan itu, tidak membolehkan satu kelas biasa dibuka, guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana peruntukan guru mengikut bilangan kelas dan strategi pengajaran dan pembelajaran berbeza daripada kelas biasa.

Prinsip-prinsip pecahan kepada kumpulan adalah seperti berikut : kumpulan Sama Kebolehan; kumpulan Pelbagai Kebolehan; kumpulan Tahun Persekolahan; kumpulan sosial; kumpulan individu

Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod yang sangat penting bagi guru kerana merupakan rujukan untuk persediaan harian dan pendekatan yang menyeluruh dan saling berkaitan bagi kedua kelas yang dicantumkan
Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan.

Teks Bacaan Asas


Rujukan
Arends, R.I. (2001). Learning To Teach. Boston : McGraw Hill.

Anthony Candia, (1989), Pengurusan Bilik Darjah Dalam Konteks Kelas Bercantum.

Asmah bt. Hj Ahmad, (1989), Pedagogi 2, Siri Pendidikan Logman.

Kementerian Pelajaran malaysia, (1982), Buku Panduan Khas Kelas Bercantum Kurikulum Baru Sekolah Rendah.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (1980 - pindaan, 1982), Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Kelas Bercantum.

Bahagian Pendidikan Guru.(2007). Modul Kelas Bercantum. Putrajaya.





























TOPIK 7
SOSIOLINGUISTIK



Dalam topik ini, anda akan diberi pendedahan mengenai peranan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah serta masyarakat. Tambahan pula, topik ini juga ketengahkan kepelbagaian bahasa yang sedia ada di Malaysia serta peranan guru dalam menyatukan pelajar yang terdiri daripada pelbagai budaya dan bahasa.

7.1 Peranan Bahasa dalam Masyarakat Pelbagai Budaya

Guru menggunakan bahasa untuk menyampaikan pengajarannya. Guru juga menggunakan bahasa untuk membimbing dan menasihati murid-muridnya. Malaysia merupakan sebuah Negara yang mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik, sehubungan dengan itu, guru-guru perlu memahami latar belakang murid yang diajar terutama faktor budaya yang mempengaruhi perlakuan muridnya samaada perlakuan berbahasa atau perlakuan bukan bahasa. Penggunaan bahasa sangat berkait rapat dengan latar belakang murid terutama budaya di mana murid itu dibesarkan dan menjalani kehidupannya.

Bahasa yang dipertutur oleh manusia adalah suatu anugerah Tuhan kepada manusia kerana dengan bahasa manusia menyampaikan hasrat, meluahkan rasa dan mengemukakan pandangan. Bahasa merupakan alat perhubungan manusia dalam kehidupan sosialnya sejak manusia dicipta oleh Tuhan. Maka, keupayaan manusia berbahasa perlu disyukuri kerana bahasa sebagai alat penting kepada manusia sehingga manusia mampu menjalani kehidupan bermasyarakat dengan sempurna. Bahasa menyampaikan makna dalam kehidupan sosial dan apabila digunakan dalam konteks komunikasi, bahasa dikaitkan dengan budaya yang pelbagai dan kompleks. Manusia mengungkap kata-kata berdasarkan pengalamannya yang menyampaikan fakta, idea dan peristiwa yang merujuk kepada pengetahuan mereka tentang dunia yang dikongsi bersama. Kata-kata yang diungkapkan menggambarkan sikap, kepercayaan, fahaman, dan pandangan dan sekali gus bahasa sebenarnya suatu realiti budaya. Manusia menggunakan bahasa bukan sekadar untuk membuktikan pengalaman yang dilalui, sebaliknya bahasa yang dipertutur mencipta pengalaman yang baharu apabila bahasa mampu menjadi medium perhubungan antara manusia.

Penerangan di atas telah menjelaskan kepada anda peranan bahasa dalam kehidupan masyarakat. Jadi, apakah yang anda faham tentang sosiolinguistik? Kebanyakan tokoh bahasa di dalam dan di luar Negara bersetuju bahawa ilmu sosiolinguistik ialah bidang pengkajian hubungan manusia dengan bahasa. Dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang tuturkan oleh rakyat Malaysia, namun begitu, Malaysia mempunyai pelbagai jenis bahasa etnik yang masing-masing membawa identiti budaya yang tersendiri. Walau pun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang menjadi bahasa pengantar rakyat pelbagai kaum di Malaysia, namun pelbagai etnik Malaysia dibenarkan bertutur dalam bahasa masing-masing tanpa sebarang sekatan.






Hentian seketika dan Berfikir :

Tahukah anda bahawa di Malaysia terdapat lebih puluhan jenis bahasa yang dipertuturkan oleh penutur jati yang terdiri daripada pelbagai etnik? Senaraikan bahasa-bahasa yang terdapat di Malaysia.




7.2 Kepentingan Penggunaan Satu Bahasa Pengantar

Kita telah mengetahui bahawa Malaysia memiliki pelbagai etnik, pelbagai bahasa serta pelbagai budaya dan hal ini merupakan cabaran terbesar kepada Negara dalam membina rakyat bersatu padu. Sehubungan dengan itu, pemimpin Negara sejak zaman sebelum mencapai kemerdekaan lagi telah nampak isu bahasa dan etnik ini dan oleh kerana itu sekiranya anda mengkaji Laporan-Laporan berhubung Pendidikan anda akan ketahui bahawa kesemua Laporan menekankan aspek penggunaan bahasa kepada rakyat Tanah Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa sosiolinguistik di Malaysia bukanlah perkara mudah dan tidak perlu diberi perhatian sewajarnya, sebaliknya, sosiolingistik merupakan bidang yang sangat penting dalam menentukan tahap keharmonian dan keamanan Negara.

Apakah pentingnya penggunaan satu bahasa sebagai bahasa pengantar kepada sebuah Negara seperti Malaysia?

Dalam laporan Cheesman (1946) didapati bahawa di dalam satu kelas di sebuah kelas sekolah Inggeris, terdapat murid-murid pelbagai etnik yang menuturkan hampir sebelas jenis bahasa. Seandainya, murid-murid ini tidak menguasai satu bahasa yang sama sebagai bahasa pengantar, maka pasti guru berhadapan dengan masalah untuk menyampaikan pengajarannya dan murid tidak akan memperoleh ilmu, apa lagi untuk menyatupadukan mereka.

Sedarkah anda bahawa perbezaan bahasa membawa kepada perbezaan budaya dan perbezaan budaya yang ketara tidak akan membawa perpaduan antara kaum atau etnik? Sehubungan dengan itu, Laporan Barnes pada tahun 1950 mencadangkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sahaja di semua sekolah kebangsaan. Barnes juga mencadangkan pemansuhan sekolah vernacular Cina dan Tamil tetapi ditentang kuat terutama oleh kaum Cina kerana khuatir penutupan sekolah Cina sedia ada. Rentetan tersebut berterusan dengan Laporan Fenn-Wu 1951 dan seterusnya pada 1956 Laporan Razak yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Ordinan Pelajaran 1957 diluluskan bagi melaksanakan usul Laporan Razak di mana perancangan pendidikan dirangka meliputi semua kaum di Tanah Melayu dan ini merupakan asas perkembangan pendidikan seterusnya di Malaysia. Seterusnya dalam Laporan Rahman Talib 1960 adalah bukti betapa kerajaan bersungguh-sungguh membentuk satu sistem pendidikan yang bersifat kebangsaan sebagai usaha menyatupadukan rakyat Malaysia. Seterusnya dalam Akta 1961 termaktab Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama untuk semua peringkat pendidikan dengan mengguna pakai kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua murid.


Berhenti dan Reflek
Apakah yang anda fahami tentang penggunaan satu bahasa pengantar? Bagaimanakah peranan anda sebagai seorang guru dapat membantu menyatupadukan pelajar melalui konsep ini?


7.3 Peranan Guru dalam Aspek Sosiolinguistik

Guru memainkan peranan yang sangat penting untuk membentuk jati diri murid yang menghayati bahasa rasmi dan budaya nasional di samping menerap nilai-nilai menghormati perbezaan bahasa dan budaya menurut etnik.

Bagaimanakah guru mampu memainkan peranan dalam memartabatkan bahasa Kebangsaan dengan membentuk rakyat yang mempunyai jati diri sebagai rakyat Malaysia dan pada waktu yang sama mengekalkan pelbagai warisan budaya etnik?

Antara peranan yang dimainkan oleh guru ialah mengadakan pelbagai aktiviti bahasa, sastera dan budaya dalam kalangan murid-muridnya. Aktiviti yang memartabatkan bahasa Kebangsaan boleh dilakukan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kegiatan kokurikulum adalah saluran terbaik untuk memartabatkan Bahasa kebangsaan melalui kepelbagaian aktiviti dan projek yang kreatif, menyeronokkan serta memanfaatkan murid. Bagi mengekalkan warisan budaya dan bahasa kepelbagaian etnik di Malaysia, guru boleh menyelitkan unsur-unsur warisan budaya etnik-etnik lain dengan menggunakannya sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran, contohnya, menggunakan cerita rakyat etnik Iban dalam pengajaran Bahasa Melayu, menggunakan lagu etnik Kadazandusun dalam pengajaran dan pembelajaran muzik, menggunakan tarian India dalam Pendidikan Jasmani. Malahan pelbagai permainan tradisional milik etnik-etnik ini dapat digunakan sebagai pendekatan “Games based learning” dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan sumber P&P dengan menggunakan kepelbagaian unsur budaya bukan sahaja memupuk kesefahaman kalangan murid yang tediri daripada pelbagai etnik, malahan ruang tersebut akan mendorong murid memahami dan menguasai kosa kata bahasa etnik rakan-rakan mereka. Sekiranya guru mampu meneruskan dan mentadbirkan hal ini dengan berkesan, setiap etnik tidak berasa tersisih, sebaliknya menjadikan Malaysia kaya dengan variasi bahasa dan budaya.












Latihan/ Aktiviti



Anda digalakkan menggunakan pendekatan koperatif semasa perbincangan. Cuba berkongsi pengalaman bagaimana anda dapat memainkan peranan jika mengajar pelajar berbilang kaum dan pelajar kerap menggunakan pelbagai bahasa dalam bilik darjah.



3.3 Rumusan

Topik ini membincangkan mengenai aspek sosiolinguistik di Malaysia dan . Antara aspek –aspek penting adalah berikut:

Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang mempunyai pelbagai bahasa

Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang tuturkan oleh rakyat Malaysia

Demi menyatupadukan rakyat Malaysia, beberapa dasar digariskan antaranya Akta 1961 yang termaktub Dasar Pendidikan Kebangsaan di mana bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama untuk semua peringkat pendidikan dengan mengguna pakai kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua murid.
Guru perlu memainkan peranan dengan mengadakan pelbagai aktiviti bahasa, sastera dan budaya dalam kalangan murid-muridnya. Aktiviti yang memartabatkan bahasa Kebangsaan boleh dilakukan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.



Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan.

Teks Bacaan Asas

Muhamad Kamarul Kabilan & Zaharah Hassn.(2005). Readings on ethnic relations in a
multicultural society. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Rujukan

Woolfolk,A. (2004). Educational Psychology. Boston: Allyn & Bacon






TOPIK 8
PENILAIAN BERASASKAN BUDAYA

Fikirkan pengalaman anda sebagai guru di sebuah sekolah pelbagai budaya. Adakah anda pernah merancang penilaian untuk kelas yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik? Apakah aspek-aspek yang perlu anda ambil kira semasa menyediakan ujian untuk kelas anda? Topik ini akan membincangkan mengenai perancangan yang diperlukan untuk melaksanakan penilaian yang berasaskan budaya. Ini termasuklah konsep penilaian berasaskan budaya, ciri-ciri ujian berasaskan budaya, prinsip-prinsip yang perlu diambil kira serta strategi penilaian yang sesuai untuk kelas pelbagai budaya.

7.1 Konsep dan Tujuan Penilaian Berasaskan Budaya

Konsep Penilaian Berasaskan Budaya
Penilaian merujuk kepada satu proses mendapatkan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan tentang tindakan selanjutnya. Dalam perkataan lain, penilaian adalah satu proses sistematik untuk mendapatkan maklumat dalam membuat keputusan bagi tindakan yang akan diambil kelak. Manakala mengikut Hall (1959), budaya merupakan satu set pola yang dialami oleh individu-individu sebagai cara bertindak, merasa, dan melakukan sesuatu. Amat jelas adalah pandangan Erickson (1997) di mana atribut penting budaya berkait dengan pendidikan merupakan suatu yang eksplisit (seperti tabiat manusia) dan implisit (seperti nilai, andaian dan kepercayaan).
Maka penilaian berasaskan budaya membawa maksud bahawa penilaian yang dilaksanakan oleh guru untuk mengumpul maklumat dalam membuat keputusan seharusnya mengambil kira aspek kepelbagaian budaya murid semasa menyedia atau memilih instrumen untuk memperoleh maklumat supaya keputusan yang dibuat adalah sah dan boleh dipercayai.


Penilaian berasaskan budaya kian memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan. Pengumpulan data tentang pengetahuan dan kemahiran pelajar dengan menggunakan alat/teknik penilaian yang sesuai amat mustahak . Kesahan dalam keputusan penilaian merupakan isu utama kerana keputusan-keputusan ini digunakan untuk memaklumkan keputusan terhadap pembelajaran pelajar. Maka keputusan yang sah dipengaruhi oleh pemilihan alat penilaian yang telah disahkan berasaskan sampelan populasi tertentu. Juga, jika suatu alat diterjemahkan, kepastian perlu dibuat terhadap kesahan dan integriti dalam proses terjemahan.


Tujuan Penilaian Berasaskan Budaya

Penilaian yang disediakan untuk pelajar daripada pelbagai budaya perlu mengambil kira faktor pelajar seperti sejarah imigrasi atau perpindahan, status sosio-ekonomi, latar belakang pelajar. Aspek-aspek ini akan akan membantu dalam membekalkan maklumat kepada guru apabila memilih alat-alat penilaian yang sesuai untuk proses peinilaian. Untuk guru yang menyediakan penilaian, pentaksiran berasaskan budaya memerlukan integrasi kepekaan dari segi sikap, pengetahuan, kemahiran menyoal atau menemubual, strategi-strategi intervensi dan amalan-amalan penilaian.

Penilaian ini bertujuan untuk menentukan teknik dan strategi penilaian yang sesuai untuk memperoleh data mengenai pelajar. Fokus mengenai penilaian yang tidak mendiskriminasikan sesiapa seharusnya dapat membuat keputusan tentang kemajuan pelajar selain dapat mengenal pasti atau mengklasifikasikan pelajar. Di samping itu, penilaian ini bertujuan untuk memberi maklum balas tentang kelemahan dan kekuatan pengajaran – pembelajaran, dan seterusnya pembangunan program pendidikan.
Secara keseluruhannya, penilaian berasaskan budaya bertujuan untuk :

(a) mengumpul maklumat untuk kemajuan, diagnosis dan tindakan selanjutnya
(b) menilai dengan menggunakan prosedur autentik dan alternatif
(c) memperoleh data tentang peluang pembelajaran untuk semua murid
(d) mengumpul maklumat sama ada ianya mengambil kira faktor linguistik dan kerelevanan budaya
(e) menentukan keperluan bahasa yang sesuai untuk penilaian formal
(f) mengurangkan bias dalam amalan-amalan penilaian tradisional








Sila buat refleksi


Buat refleksi: Sebagai guru di sekolah, pernahkah anda berfikir tentang penilaian yang mesra budaya? Beri pandangan anda kepada jawapan anda.


7.2 Peranan Guru dalam menyediakan penilaian berasaskan budaya
Guru perlu mempunyai kebolehan untuk menggunakan pelbagai kemahiran penilaian dan alat dalam pengajaran yang dapat memberi peluang pelajar menunjukkan kompetensi mereka dalam pelbagai cara berasaskan keadaan tempatan, termasuklah pengetahuan dan kemahiran berkait dengan pemahaman amalan budaya tradisional.
Tambahan pula, guru perlu mengambil kira pelbagai kemahiran penyelesaian masalah dalam menilai potensi pembelajaran pelajar di bawah jagaan mereka dan menyediakan peluang yang sesuai untuk pelajar meningkatkan diri.
Budaya sama ada dapat dilihat atau terselindung harus diutarakan dalam proses-proses dan kandungan pengajaran oleh guru. Budaya membentuk dan dibentuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam persekitaran pembelajaran sepanjang hidup manusia, keluarga, bilik darjah , komuniti dan tempat kerja. Maka guru berperanan untuk menangani isu-isu budaya setiap kali mereka mengajar dan membina alat penilaian. Oleh demikian, boleh dikatakan bahawa budaya bukan sahaja melibatkan amalan- amalan harian ( pola tingkah laku, tradisi, tabiat atau adat resam) tetapi juga cara murid memahami idea dan membina makna terhadapnya setiap hari. Perkara ini amat penting untuk guru sebagai landasan untuk prosespengajaran dan pembelajaran serta penilaian.






Berhenti seketika dan buat renungan
Cuba imbas kembali dan tanya diri sendiri peranan yang manakah (seperti yang dinyatakan di atas) memberi sumbangan kepada kejayaan anda dalam merancang ujian bilik darjah yang baik? Adakah anda dapati sebarang kesulitan yang akan dihadapi?







Latihan


1. Terangkan dengan ringkas dua aspek budaya yang mempengaruhi keberkesanan satu
ujian bilik darjah yang baik.

2. Berikan tiga tujuan penilaian berasaskan budaya dalam bilik darjah

7.3 Prinsip- Prinsip Penilaian berasaskan budaya

Penilaian autentik berbandingkan penilaian tradisional iaitu ujian kertas dan pensil didapati memberi peluang kepada semua murid pelbagai budaya untuk melibatkan diri dalam aktiviti/tugasan penilaian berasaskan situasi sebenar. Ini amat relevan dan bermakna kepada murid kerana mengkaitkan situasi sebenar dalam mata pelajaran. Antara prinsip-prinsip yang perlu diambil kira oleh guru dalam penilaian berasaskan budaya termasuk:

(a) Penilaian harus berasaskan pemahaman tentang bagaimana murid belajar. Ia harus memainkan peranan positif dalam membentuk pengalaman pembelajaran murid

(b) Penilaian harus mengambil kira perbezaan individu murid dalam pembelajaran. Ia harus berasaskan objektif–objektif dan membolehkan murid mendemonstrasikan pencapaian hasil pembelajaran dalam pelbagai cara. Dalam konteks ini, pengubahsuaian kandungan harus dilakukan dan kandungan seharusnya melambangkan budaya murid, latar belakang murid, bahasa utama, keluarga dan komuniti. Pengetahuan kandungan dan kemahiran perlu diintegrasikan dan merentasi semua mata pelajaran sepanjang masa. Dalam hal ini, tugasan/aktiviti terdiri daripada jenis koperatif, aktif dan berasaskan inkuiri.

(c) Penilaian harus bercorak adil kepada semua murid. Amalan penilaian harus merangkumi prinsip-prinsip inklusif dan menyokong ekuiti. Amalan-amalan ini harus dapat memenuhi kepelbagaian sama ada secara individu atau kumpulan murid. Adalah penting untuk menggunakan pelbagai bentuk penilaian. Juga, bahasa inklusif perlu digunakan untuk mengelakkan bias dari segi gender, perkauman, budaya atau bahasa.


7.4 Ciri-Ciri Penting Dalam Penilaian Berasaskan Budaya

Kita harus sedar bahawa guru yang paling berpengetahuan dalam kandungan mata pelajaran mungkin tidak begitu cekap dari segi mengenal pasti pengaruh-pengaruh relevan budaya secara kontektual, cekap dalam mengenal pasti strategi-strategi pengajaran yang sesuai atau pun membina prosedur penilaian yang mesra budaya. Pada awalnya, usaha membina alat penilaian dibuat secara kolaboratif, namum guru dalam bilik darjah perlu belajar bagaimana memodeli dan memurnikan alat-alat ini jika ingin mewujudkan pembelajaran berkualiti dengan positifnya.


Penilaian yang menyokong pembelajaran merupakan jenis-jenis penilaian yang tersirat dalam kerangka kurikulum (Gordon,1996). Penilaian yang terangkum dalam kurikulum secara formatif adalah penting untuk mencapai hasil pembelajaran spesifik yang mana murid diberi pendedahan. Oleh yang demikian, alat-alat penilaian direka bentuk untuk satu- satu pengajaran yang akan membekalkan maklumat untuk membuat keputusan bilik darjah berkait dengan penempatan, diagnosis, pemantauan, dan pencapaian murid. Penilaian yang terangkum dalam kurikulum dan aktiviti-aktiviti pengajaran merupakan komponen yang berkait rapat untuk memudahcara pembelajaran.


Penilaian yang terangkum dalam kurikulum berbeza dari segi format dan gaya. Bentuk penilaian terdiri daripada jenis formal, tidak formal, ujian kertas dan pensil atau aktiviti berasaskan prestasi/perlakuan. Dalam konteks penilaian mesra budaya, penilaian formatif yang direka atau bina akan berkisar kepada konteks yang sama seperti dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mengumpul data bagi menilai keberkesanan pengajaran.


Mengikut Gordon (1996), proses penilaian yang dilaksanakan perlu menyokong pengalaman pembelajaran pelbagai, pelbagai konteks, dan item ujian lebih “ process-sensitive”. Bentuk penilaian perlu distrukturkan untuk memberi sokongan kepada aktiviti pengajaran dan terdiri daripada kepelbagaian dalam jenis item untuk menilai objektif secara berkesan. Guru perlu berkebolehan memadankan kehendak ujian dan aktiviti-aktiviti pengajaran demi meningkatkan kerelevanan kurikulum dan menghasilkan maklumat yang tepat. Bentuk format penilaian gabungan antara pelbagai jenis item dapat mengukur kemahiran- kemahiran pemerosesan kognitif yang berlainan dan ini dikatakan dapat menunjukkan pelbagai tahap atau jenis pembelajaran. Tambahan pula, beberapa objektif atau komponen pengajaran dan pembelajaran boleh diukur dengan menggunakan pelbagai format item yang berbeza untuk memperoleh maklumat yang dapat menilai pencapaian murid.









Berhenti seketika dan buat renungan
Berkongsi dengan rakan-rakan tentang jenis item ujian bilik darjah anda. Bincangkan sama ada anda mempertimbangkan kepelbagaian budaya semasa menyediakan item ujian.

Aspek penting yang perlu diambil kira semasa membina ujian bilik darjah termasuk bahasa yang digunakan, jenis item ujian,


Salah satu ciri penting yang boleh mempengaruhi prestasi murid ialah bahasa yang digunakan dalam penilaian prestasi seperti sains. Perkataan mempengaruhi cara murid bertindak balas terhadap tugasan. Jika sesorang tidak dapat memahami satu perkataan or dia memahami perkataan tersebut pada perspektif lain kerana latar belakang budaya dan linguistik, prestasinya mungkin tidak membawa makna yang tepat mengenai pengetahuan dan kemahirannya.

Oleh kerana bahasa begitu penting dalam sesetengah alat penilaian, guru yang mengadaptasi ujian dari populasi normal untuk kegunaan kumpulan pelbagai budaya atau linguistik akan gagal menghasilkan penilaian yang adil serta boleh dibuat perbandingan.







Latihan/Aktiviti


Berdasarkan kepada pengalaman anda disekolah, terangkan secara ringkas prinsip-prinsip dan proses penilaian yang anda gunakan untuk menyediakan ujian berasaskan budaya. Gunakan pengurusan grafik untuk mengambarkan proses tersebut.


7.5 Jenis-Jenis Penilaian Berasaskan Budaya

Dalam bilik darjah yang mesra budaya, guru perlu menggunakan penilaian berterusan dan sistematik untuk menilai kebolehan, minat, sikap dan kemahiran sosial murid. Maklumat yang dikumpul akan menyediakan asas untuk membuat keputusan pengajaran dan memberi pengertian kepada apa yang perlu diajar dan bagaimana hendak mengajar. Tambahan pula, terdapat tekanan terhadap penglibatan murid dalam proses penilaian. Apabila murid diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penilaian, mereka boleh membuat refleksi terhadap kemajuan mereka dan memberi pemahaman baru yang tidak dapat diberi oleh orang dewasa.








Contoh-contoh penilaian mesra budaya merangkumi yang berikut:

Pemerhatian harian tingkah laku pembelajaran dan sosial murid dalam situasi
bilik darjah.

Pemerhatian boleh dibuat melalui senarai semak, catatan, atau kad fail untuk membolehkan guru merumuskan pemerhatian tingkah laku murid secara yang tekal dan bermakna. Sebagai contoh, guru boleh gunakan senarai nama kelas merupakan cara mudah untuk merekodkan pemerhatian harian. Guru boleh mewujudkan lajur untuk mengenal pasti projek, aktiviti atau tingkah laku yang ingin diperhatikan.

Penilaian Portfolio

Murid dan guru boleh memilih sampel tugasan yang menggambarkan kepelbagaian keperluan dan kebolehan murid untuk dinilai. Guru, murid dan ahli-ahli keluarga boleh membuat refleksi terhadap apa yang murid telah laksanakan, tahap kebolehan mereka dan bidang manakah yang perlu ditambah baik.

Penulisan Jurnal

Penulisan jurnal memberi peluang kepada murid berkongsi pemahaman peribadi mengenai perkara seperti sastera dalam pelbagai konteks budaya untuk memaklum, memperjelas dan menerangkan tentang masyarakat majmuk. Contohnya, guru boleh menilai tentang jurnal pembelajaran di mana murid mencatat kaitan peribadi dengan watak-watak dalam sastera yang mereka baca. Mereka boleh membina pengertian terhadap watak dan ini memberi mereka kebebasan untuk menulis tentang watak dan berkongsi dengan rakan.

Projek

Projek memberi peluang murid menyumbang idea mengikut kebolehan mereka. Projek sebegini baik untuk murid dari pelbagai budaya dan berbeza secara individu kerana mereka melakukan tugasan mengikut masa dan tahap kesediaan mereka. Mereka boleh meneroka topik yang diminati berasaskan bacaan topik pelbagai budaya. Mereka boleh pilih menulis laporan atau menyediakan satu persembahan lisan atau mencipta lukisan untuk menggambarkan konsep utama terselindung dalam topik mereka. Salah satu contoh projek termasuk rekacipta artifak yang mewakili patung kumpulan etnik dan murid boleh menulis cerita atau puisi tentang artifak untuk tujuan penilaian projek.

Ujian buatan guru yang berkait rapat dengan program pengajaran

Perhatian utama harus diberi kepada gaya kognitif dan kemahiran akademik semua murid. Contohnya, guru boleh mereka bentuk ujian dengan menggubal item soalan sesuai untuk menilai pengetahuan atau prestasi murid dalam bidang kandungan tertentu dalam kurikulum yang mesra budaya. Dalam lain perkataan, ujian harus ” culturally loaded” dengan mengambil kira budaya semua kumpulan murid. Bahasa yang digunakan harus difahami semua dan tidak bias kepada kumpulan murid yang dominan. Arahan ujian perlu mengambil kira asas budaya dan faktor linguistik sedia ada murid dan murid perlu merasai bahawa bahasa dan budayanya adalah aset bukan liabiliti dalam penilaian.


Penilaian kendiri murid

Murid boleh memberi tindak balas kepada soalan mengenai pembelajaran mereka secara berkala dalam konferens guru/murid. Portfolio boleh digunakan semasa konferens. Sebagai contoh, murid ditunjukkan kerja/ tugasan mereka, membincang hasil kerja dengan guru dan menilai kemajuan sendiri.

Penilaian kendiri guru

Penilaian kendiri merupakan bahagian penting keberkesanan pengajaran guru. Guru perlu menyoal diri sendiri tentang pilihan mengenai tingkah laku dan strategi-strategi pengajaran, keberkesanan dan kerelevanan budaya dalam pelajaran mereka serta reaksi dan tindak balas mereka terhadap kepelbagaian budaya dalam bilik darjah mereka yang boleh menyumbang kepada perkembangan berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran.

7.5 Rumusan
Topik di atas membincangkan aspek-aspek penting seperti berikut:
· Cabaran yang dihadapi penilaian tidak seberat berbandingkan isu-isu mengenai strategi-strategi pengajaran sesuai dan perkembangan guru.

· Penilaian mesra budaya yang dibincangkan di atas merupakan cara-cara yang boleh digunakan untuk menilai murid tanpa menjejaskan kesahan dan kebolehpercayaan semasa membuat keputusan.

· Jenis-jenis penilaian yang dikemukakan dapat mengurangkan bias terhadap kumpulan etnik tertentu dan pertimbangan yang ditimbulkan perlu diambil kira oleh guru semasa menyediakan penilaian sama ada formal atau tidak formal.

· Sekiranya kurikulum adalah mesra budaya dengan mengambil kira kandungan yang sesuai untuk murid, maka tidak akan menimbulkan banyak masalah semasa membina alat penilaian untuk murid.

· Kita akan berjaya jika kita menggunakan semua resos dan tenaga untuk melakukan yang terbaik untuk anak kita yang berisiko jika kita tidak laku adil kepada mereka dengan tidak mengambil kira kepelbagaian budaya. Seperti mana Height (1996) maintains: "No one else can retrieve our values and salvage our people better than we can" (p. 53).




Berikut adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang boleh digunakan

Teks Bacaan Asas

Arends,R.I. (1994). Learning to Teach. 3th Edition. N.Y:McGraw Hill

Rujukan
Baxter, G. P. & Shavelson, R. J. (1994). Science performance assessments: benchmarks and
surrogates. International Journal of Educational Research, 21(3), 279-298.

Baxter, G. P., Shavelson, R. J., Goldman, S. R., & Pine, J. (1992). Evaluation of a procedure-
based scoring for hands-on science assessment. Journal of Educational Measurement, 29(1),
1-17.
Dalton, B., Morocco, C. C., Tivnan, T., & Rawson, P. (1994). Effect of format on learning
disabled and non-learning disabled students¢ performance on a hands-on science
assessment. International Journal of Educational Research, 21(3) 299-316.

Jovanovic, J., Solano-Flores, G., & Shavelson, R. J. (1994). Performance-based assessments:
Will gender differences in science achievement be eliminated? Education and Urban Society,
26(4), August, 352-366.

Montgomery,W.(2001). Creating culturally responsive, inclusive classrooms. Teaching
Exceptional Children, Vol.33(4) pp 4-9.

Samuel O. Ortiz. Best Practices in Nondiscriminatory Assessment. St John's University Retrieved 10 October 2009 from http://www.nasponline.org/resources/culturalcompetence/
cultcomppractice.aspx#assess
Samuel O. Ortiz. Comprehensive Assessment of Culturally and Linguistically Diverse Student:
A Systematic, Practical Approach for Nondiscriminatory Assessment. St John's University
Retrieved 10 October 2009 from http://www.nasponline.org/resources/culturalcompetence/
cultcomppractice.aspx#assess



Setakat itu sahaja, selamat maju jaya..














PANEL PENGGUBALAN MODUL PENGAJIAN PROFESIONAL AMBILAN PGSR 2008

BIL
PANEL PENGGUBALAN MODUL
KELULUSAN /PENGALAMAN

1.

Dr. Noriati bt A. Rashid
Ketua Penolong Pengarah
Unit Kurikulum, BPG

PhD, M.Ed.,B.A.(Hons),Dip Ed. Universiti Malaya

Pensyarah IPBMM (12 tahun)
Penolong Pengarah Unit Kurikulum (2 tahun)
Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum,BPG (3 tahun)


2.

Dr Boon Pong Ying
Institut Pendidikan Guru – Kampus Bahasa Antarabangsa,
Lembah Pantai

PhD (UKM); M.Ed.(UM), B.A.(Hons), Dip Ed (UM)

Pensyarah Cemerlang (Ilmu Pendidikan), 25 tahun di Institut Pendidikan Guru


3.

Pn Jamilah Ismail
Institut Pendidikan Guru- Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai

MBA ( Management & Finance) University of Hadford,USA; Dip Ed (Perakaunan) UM.

Pensyarah , 4 tahun(Ilmu Pendidikan
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, 2 tahun

4.

Pn Zuraidah A. Majid
Institut Pendidikan Guru- Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai

B.A.(Hons) UKM, Sarjana Pendidikan,UKM,

Pensyarah, 8 tahun
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, 2 tahun

5.

En Lee Thoo Hai
Institut Pendidikan Guru- Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai
M.Ed( UM), B.A(Hons), Dip Ed. UM

Pensyarah kanan, 26 tahun di Institut Pendidikan Guru

6.

En Raymond Mohanraj Paul
Institut Pendidikan Guru- Kampus Bahasa Melayu, Lambah Pantai

Sarjana Muda Pendidikan Khas(UKM); Sarjana Pendidikan (Pend Khas) UM.

Pensyarah , 5 tahun


PANEL PEMURNIAN MODUL PENGAJIAN PENDIDIKAN PGSR AMBILAN NOV 2008

BIL
PANEL PEMURNIAN MODUL
KELULUSAN /PENGALAMAN

1.

Dr. Noriati bt A. Rashid
Ketua Penolong Pengarah
Unit Kurikulum, BPG

PhD, M.Ed.,B.A.(Hons),Dip Ed. Universiti Malaya

Pensyarah IPBMM (12 tahun)
Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum,BPG (2 tahun)


2.

Dr Boon Pong Ying
Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa
Lembah Pantai

PhD (UKM); M.Ed., B.A.(Hons), Dip Ed (UM)

Pensyarah Cemerlang (Ilmu Pendidikan) 25 tahun di Institut Pendidikan Guru

8 comments:

Ismail said...

tq....sir. ianya sangat berguna untuk semua PGSR Sm 3.......pgsr science IPGM KTI.

farhanaaz said...

trima kasih encik...nota2 yang ada di blog encik banyak membantu sy...

diharapkan akan lebih banyak lagi nota2 yg berguna utk pelajar ipg di sini..

sekian, trima kasih.

-farhana:ipgm tengku ampuan afzan, semester 5 2010

mohd said...

terima kasih tuan, nota ini banyak membantu saya.

azmiptyusof said...

Asslamualaikum,.. Kalau ada nota macam ni senang la nak rujuk untuk persediaan exm... Terima kasih daun keladi

ツ I am ME ツ said...

salam, boleh tak saya nak tau nama penuh tuan dan bila nota-nota ini diposkan ke dalam laman web ini?

ツ I am ME ツ said...

Salam, boleh tak berikan nama penuh tuan dan bila nota ini diposkan?

athirahmunirah said...

terima kasih Encik....nota2 yg ada dlm blog ini amat bermakna bagi kami yg masih teraba-raba mencari isi untuk tugasan yg perlu di selasaikan.

iffahhasim@yahoo.com-OUM Learning Center kk.

kamazatulshima kamis said...

Terima kasih ya... nota yg dimuatkan amat membantu saya. Diharap encik dpt teruskan usaha yg murni ini...